Aksi Lagenda Kelantan & Kedah Rekod Kehadiran Luar Biasa
MakanBola
TRW Treble 12

Aksi membabitkan legenda Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) baru-baru ini menjadi bualan peminat bola sepak negara.

Ini kerana mereka kagum melihat kehadiran luar biasa peminat Kelantan di SSMIV dalam aksi berkenaan.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan halaman TRW Treble 12, penyokong yang tidak mempunyai tempat duduk memilih duduk di kawasan balapan stadium.

Usaha pantas pihak berkuasa memastikan penyokong dapat bergerak ke kawasan balapan tanpa sebarang masalah.

Ramai menjangkakan kehadiran ini bakal mengatasi kehadiran aksi legenda Selangor dan Kelantan iaitu 20,000 orang.

Kehadiran penyokong yang luar biasa turut menarik perhatian bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang hadir dalam perlawanan tersebut menyifatkan kehadiran peminat Kelantan ini mengingatkan beliau kepada zaman gemilang pasukan itu 12 tahun lalu.

“Malam tadi Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu melihat puluhan ribu peminat bola Kelantan membanjiri stadium

“Perlawanan yang menggamit detik detik gemilang lebih 12 tahun lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Legenda Kelantan mengungguli perlawanan tersebut dengan kemenangan 3-0. Bekas penyerang Lubnan, Mohammad Ghaddar merekodkan dua gol dalam aksi sama.