Advertisements
Aksi Lincah Liridon Krasniqi Tersebar Di Jerman
Eropah
MakanBola
Liridon Krasniqi

Perancang tengah naturalisasi negara, Liridon Krasniqi terus memberikan persembahan yang cukup hebat dalam kejohanan Baller League di Jerman.

Pemain berusia 31 tahun itu mewakili pasukan Gongry Allstars dan berjaya membantu pasukan untuk meraih kemenangan menentang Protatos dengan keputusan 7-0.

Menerusi satu klip yang dimuat naik oleh laman Baller League, bekas pemain Terengganu itu kelihatan begitu selesa beraksi dalam perlawanan tersebut.

Beliau juga berjaya menewaskan dua pemain lawan sebelum melepaskan satu rembatan yang cukup cantik untuk jaringan pasukan.

Masa depan Liridon Krasniqi ini masih menjadi tanda tanya selepas meninggalkan skuad Peteh musim lalu.

Ketika ini, bekas pemain JDT ini kelihatan ligat beraksi dalam liga tersebut yang mendapat sokongan bukan saja penggiat bola sepak Jerman tetapi juga penggiat hiburan.

Antara figura yang menyokong Baller League ialah Lukas Podolski, Mats Hummels, Kevin-Prince Boateng, Max Kruse dan Alisha Lehmann.

Liridon sebelum ini telah dikaitkan dengan beberapa kelab di Malaysia dan juga kelab luar negara.

Video: Aksi Lincah Liridon Krasniqi