Gelagat seorang pengadil Bundesliga yang terjatuh selepas dirempuh pemain mencuri tumpuan peminat bola sepak Jerman.
Insiden ini dikongsikan dalam akaun Instagram rasmi Bundesliga sekitar Januari lalu. Insiden ini dipercayai berlaku dalam aksi liga membabitkan Werder Bremen dan TSG Hoffenheim pada Oktober lalu.
Beberapa pemain dilihat sedang berebut bola tanpa menyedari pengadil berada terlalu hampir dengan mereka.
Tatkala mereka asyik mendapatkan bola, salah seorang pemain Hoffenheim secara tidak sengaja melanggar pengadil perlawanan sehingga terjatuh.
Bagaimanapun, si pengadil tidak mengalami sebarang kecederaan dan kembali bangun untuk mengadili perlawanan tersebut.
Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 3-2 kepada Hoffenheim menerusi gol Maximilian Beier, Grischa Promel dan Marius Bulter. Sementara Bremen membalas dengan dua gol sumbangan Romano Schmid dan Jens Stage.
Ramai pengguna media sosial tidak kering gusi melihat insiden tersebut. Malah, ada yang berseloroh pengadil sepatutnya dilayangkan kad kuning atas insiden tersebut.