Aksi Selangor & Kedah Bakal Dibanjiri Lebih 15,000 Penyokong
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super membabitkan Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium MBPJ bakal disaksikan lebih 15,000 penyokong malam ini.

Ini kerana pengurusan Selangor FC memaklumkan tiket perlawanan malam ini sudah habis dijual. Perkara ini dinyatakan dalam satu hantaran di platform media sosial mereka semalam.

“(Tiket) habis dijual! Terima kasih atas sokongan anda #RedGiants! Jumpa anda esok,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Semakan di laman sesawang penjualan tiket dalam talian, Ticket Hotline turut menyatakan tiada lagi tiket untuk perlawanan sama.

Perlawanan ini menjadi tumpuan kerana ini bukan saja aksi pertama Merah Kuning dalam saingan Liga Super musim 2024/25.

Advertisements

Malah, perlawanan ini juga merupakan perlawanan pertama pasukan selepas pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim menjadi mangsa kes simbahan asid baru-baru ini.

Justeru, perlawanan Selangor-Kedah malam ini dilihat medan terbaik bagi penyokong kedua-dua pasukan menyatakan sokongan kepada bintang Merah Kuning itu.

Advertisements

Sebagai tanda sokongan kepada Faisal, penyokong Merah Kuning dan Sang Kenari diminta berdiri dan bertepuk tangan apabila perlawanan memasuki minit ketujuh.

Ini kerana minit tersebut merujuk kepada nombor tujuh, nombor jersi yang digunakan Faisal untuk Selangor dan Harimau Malaya.

Advertisements

Perlawanan hari ini berpotensi menyaksikan dua pemain import baru, Ebenezer Assifuah dan Reziq Bani Hani membuat kemunculan pertama untuk Kedah dan Selangor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram