fbpx

Aksi “Spiderman” Kalamullah Buktikan Kenapa Beliau Dipanggil Tan Cheng Hoe

Sabah Football Club

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz bin Mat Rowi berjaya memperagakan aksi cemerlang ketika menentang Sabah FC dalam perlawanan pertama saingan Piala Malaysia kumpulan D di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.

Kalamullah Al-Hafiz yang menggalas tugas untuk mengemudi gawang gol berjaya membalas kepercayaan yang diberikan P. Maniam dengan sangat baik. Adegan menarik Kalamullah ketika menyelamatkan beberapa percubaan daripada pasukan lawan telah mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan.

Di awal perlawanan, Kalamullah gagal menyelamatkan sepakan percuma unik daripada Park Tae-Su pada minit ke-20 permainan. Namun beliau kembali bangkit, menepis dan menumbuk keluar setiap percubaan berbahaya daripada pasukan Sabah FC selepas itu.

Kalamullah terus cemerlang, menjadi wira pasukan PJ City apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti milik Sabah FC. Sepakan deras menerusi Levy Madinda berjaya ditepis Kalamullah pada minit ke-67 permainan.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini sekali lagi memastikan PJ City FC tidak dibolosi apabila tandukan Saddil Ramdani pada minit ke-73 diselamatkan. Aksi persis “Spiderman” Kalamullah dalam perlawanan semalam sekaligus mengikat keputusan perlawanan yang berkesudahan seri 1-1.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu sebelum ini mengikat kontrak bersama PJ City pada tahun 2019, sebagai penjaga gol ketiga pasukan. Beliau mula diberi kepercayaan selepas aksi cemerlangnya ketika membantu PJ City menang keatas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Julai 2019.

Aksi memukau penjaga gol ini berjaya memikat hati pengendali PJ City dan beliau dapat merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan hingga kini. Berkat kesungguhan dan persembahan konsisten pemain ini, beliau turut dipanggil Tan Cheng Hoe untuk mewakili skuad negara bagi menghadapi saingan AFF Suzuki kelak.

Statistik yang dikongsikan Semuanya Analisis juga jelas menunjukkan bahawa Kalamullah kini layak untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan. Dalam saingan Liga Super tempoh hari, Kalamullah berjaya melakukan sebanyak 65 saves, 41 stopped shots dan 8 clean sheet.

Prestasi terbaik yang ditampilkan Kalamullah setakat ini sedikit sebanyak telah menambat hati TCH untuk menguji penjaga gol ini di peringkat yang lebih tinggi. Kecekapan dan ketenangan yang dimilki Kalamullah pasti akan ditagih dalam skuad kebangsaan kelak.