Aksi & Statistik Menarik Skuad Kebangsaan Sepanjang Tahun 2019

November 20, 2019

Perlawanan menentang Indonesia baru-baru ini menandakan berakhirnya perjalanan skuad senior negara bagi tahun 2019 ini. Para pemain bakal kembali ke pasukan masing-masing dan peminat bakal mengalihkan perhatian mereka kepada pasukan muda negara di Sukan Sea 2019 di Manila.

Safawi Rasid sentiasa menjadi duri dalam daging buat pihak lawan sepanjang tahun 2019 ini. Foto Football Association of Malaysia

Sepanjang tahun 2019 ini Malaysia menunjukkan satu kebangkitan luar biasa apabila hanya tewas 4 kali daripada 14 perlawanan kelas A.

Tan Cheng Ho berjaya mengubah lanskap bola sepak negara dengan taktikal penguasaan bola yang baik dan prestasi permainan juga meningkat naik setiap perlawanan.

Kehadiran Brendan Gan buat kem negara setelah pulih dari kecederaan juga berjaya memberikan impak besar kepada pasukan negara sekaligus menjadi contoh buat pemain-pemain muda kelak.

STATISTIK 2019
Menang: 10
Seri: 0
Kalah: 4
Jaringan: 33
Bolos: 12
Ranking Februari: 167
Ranking Oktober: 158 (+9)
Mata FIFA Februari: 985
Mata FIFA Oktober: 1009 (+24)

Aksi-Aksi Perlawanan Pilihan

Malaysia 2-1 Afghanistan

Malaysia 2-0 Nepal

Malaysia 7-1 Timor Leste

Timor Leste 1-5 Malaysia

Indonesia 2-3 Malaysia

Malaysia 1-2 UAE

Malaysia 6-0 Sri Lanka

Malaysia 1-0 Tajikistan

Malaysia 2-1 Thailand

Malaysia 2-0 Indonesia

14 perlawanan, 10 kemenangan dan 4 kekalahan. Malaysia berjaya memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan Timur Tengah dan kini menjadi pencabar utama kejuaraan serantau.

Instant impact: Mohamadou Sumareh (second from right) scoring against Indonesia in the World Cup 2022-Asia Cup 2023 second round qualifying Group G opener at the Gelora Bung Karno Stadium yesterday. — HAZRIN MOHD ZAIDUN/Asiana.my

Walaupun misi ke Piala Dunia bukanlah mudah namun peluang luas kini terbuka apabila Malaysia menduduki tangga ke-2 kelayakan Piala Dunia kumpulan G.

Malaysia juga mempunyai peluang cerah untuk kelayakan automatik ke Piala Asia.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – MARCH 23: Malaysia’s head coach Tan Cheng Hoe issues instruction from the technical area during the Airmarine Cup final match between Malaysia and Afghanistan at Bukit Jalil National Stadium on March 23, 2019 in Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo by How Foo Yeen/Getty Images)

Selain kemenangan dan jumlah jaringan besar yang berjaya dicatat tahun ini, skuad senior juga sebenarnya telah memiliki satu DNA tersendiri dalam mengekang dan melakukan serangan.

Selamat maju jaya buat anak didik Tan Cheng Ho dan selamat berjuang buat skuad muda negara di Sukan Sea Manila.

Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
376 views

By Syafiq Freman
@syafiqfreman

Terbaru