Advertising
Aksi Menakjubkan Tunku Ismail Raih Pujian Penyokong
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibrahim baru-baru ini telah beraksi dalam satu perlawanan persahabatan yang dianjurkan olehnya telah meraih perhatian para penyokong setelah aksi luar biasa Tunku mengawal perlawanan dilihat sangat menakjubkan.

Berdasarkan satu hantara yang dimuat naik oleh laman media sosial rasmi Johor Southern Tigers, kelibat Tunku yang beraksi dalam satu perlawanan antara keluarga JDT termasuklah bekas pemain kelab dan juga pihak media menyaksikan baginda juga beraksi di atas padang yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Ad

Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian ialah aksi luar biasa yang dipamerkan oleh baginda Tunku dalam perlawanan tersebut. Baginda mempamerkan kebolehannya termasuklah menerusi beberapa hantaran berkualiti buat barisan pemain hadapan pasukan.

Ad

Bukan itu sahaja, dalam hantaran yang berdurasi 1.31 saat itu, Tunku Ismail juga mempunyai kebolehan yang amat baik untuk melakukan lorongan cantik yang berhasil mencipta peluang buat pasukan. Malah, skill dan kualiti permainan yang dipamerkan rata-rata mendapat pujian para peminat yang kagum dengan aksinya.

’Mantap TMJ, long pass cantik, skill pun ok, vision memang power.’ Jelas Nor Saiful menerusi satu komen di ruangan Facebook JST.

Ad

Tambahan pula, terdapat beberapa komen lain yang menyatakan bahawa teknik dan visi yang dimiliki oleh baginda Tunku setanding dengan pemain-pemain profesional sehingga ada yang menyamakan dengan lagenda bola sepak dunia, Andreas Iniesta.

Ad

Hantaran tersebut meraih lebih dua ribu tanda suka dan lebih 200 komen setelah hanya dua jam sahaja ia dimuat naik.

Ad

Dalam perlawanan itu juga, terdapat kelibat pemain lagenda bola sepak tempatan, Shukor Adan yang turut beraksi setelah menempa kejayaan menewaskan JDT dalam final Piala Malaysia baru-baru ini.