Advertisement
Aksi Ulangan Final Liverpool & Real Madrid Hangatkan Pusingan 16 Terbaik UCL
Dunia
MakanBola
Bt Sport

Liverpool bakal berdepan juara bertahan Eropah, Real Madrid sekali lagi apabila mereka dijadualkan berdepan sedama mereka pada pusingan 16 terbaik UCL.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp sudah tentu tidak menyambut baik penentuan kali ini selepas mereka gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat pertemuan terakhir.

Malah, situasi ini jelas bertambah buruk apabila mereka tewas dua kali dalam perlawanan akhir yang menyaksikan mereka gagal menjulang trofi berprestij Eropah itu.

Pada aksi UCL sebelum ini, anak didik Carlo Ancelotti berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 hasil jaringan Vinicius Junior.

Bagi aksi lain, juara bertahan Perancis, Paris Saint Germain (PSG) turut berdepan tugas sukar apabila bakal menentang Bayern Munich manakala Chelsea bakal melayan kunjungan Borussia Dortmund.