Tonton: Aksi ‘WWE’ Pertahanan Spurs Ragut Kemenangan Chelsea
Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Pertembungan antara dua pasukan gergasi London iaitu Chelsea dan juga Tottenham Hotspur berlangsung dengan cukup sengit namun kedua-duanya terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata.

Aksi yang cukup panas itu berlangsung dengan baik namun beberapa insiden jelas mencetuskan kemarahan para pemain dalam perlawanan itu.

Ini jelas terbukti dengan beberapa keputusan pengadil yang boleh dipersoalkan tatkala Chelsea dalam landasan terbaik untuk menoktahkan kemenangan.

Advertisements

Selepas beberapa insiden yang melibatkan pertengkaran antara kedua jurulatih pasukan, para pemain juga tidak terlepas untuk terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang 90 minit permainan.

Menerusi satu ulang siar perlawanan, ketika perlawanan berbaki beberapa minit sahaja lagi, terdapat satu kejadian panas antara pertahanan Spurs, Christian Romero dan juga pemain Chelsea, Marc Cucurella.

Romero dikesan menarik rambut Cucurella ketika dalam kotak penalti tuan rumah yang membawa kepada jaringan penyamaan pasukan.

Advertisements

Tindakan ini berlaku di hadapan mata pengadil perlawanan, Anthony Taylor namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas pemain tersebut.

Hal ini menimbulkan ketegangan antara kedua belah pihak sejurus tamat perlawanan yang membawa kepada kad merah buat Tuchel dan juga Conte.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata pada perlawanan ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram