Al-Ittihad Singkirkan Karim Benzema
ACL
Al-ittihad club
Advertisements

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad menyingkirkan penyerang sensasi, Karim Benzema dalam skuad utama bagi aksi pusingan 16 akhir saingan AFC Champion League (ACL).

Memetik laporan BeinSport, penyingkiran ini adalah keputusan daripada ketua jurulatih, Marcelo Gallardo. 

Karim Benzema tidak tersenarai dalam kuota lima pemain bukan Asia untuk dibawa ke dalam skuad bagi aksi di laman pasukan lawan, Navbahor, Uzbekistan.

Advertisements

Difahamkan, antara faktor utama bekas pemain Real Madrid itu diketepikan kerana gagal melapor diri bagi sesi pra musim bersama Al-Ittihad pada masa yang telah ditetapkan.

Oleh itu, Marcelo Gallardo mengesahkan bahawa beliau dikategorikan sebagai pemain yang kurang cergas dan tidak bersedia untuk aksi kompetitif ACL.

Al-Ittihad akan berdepan gergasi Uzbekistan, Navbahor bagi aksi timbal balik pertama pada hari esok, Khamis jam 10 malam waktu Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram