Aliff Rakib mencipta sejarah dalam arena ONE Championship sebagai juara dunia pertama dari Malaysia.
Kejayaan itu dicapai jaguh Muay Thai Malaysia itu dengan menewaskan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao dalam aksi ONE: The Inner Circle 23.
Lebih menarik, Aliff menewaskan Sam-A dengan kemenangan secara knockout (KO). Hal ini menyaksikan beliau masih belum tewas dalam gelanggang untuk perlawanan keenam berturut-turut.
Sebelum perlawanan, Aliff telah menyatakan hasrat untuk membawa pulang tali pinggang kejuaraan dunia ONE Championship sebagai hadiah buat rakyat Malaysia. Malah, hasrat beliau turut mendapat sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain bergelar juara dunia interim ONE Championship, Aliff turut mendapat bonus kemenangan berjumlah AS$50,000 (RM204,550).
Kejayaan ini menyaksikan Aliff bakal berentap dengan seorang lagi legenda Thailand dan juara dunia kategori strawweight, Prajanchai PongSuphan PK untuk menentukan siapa juara dunia sebenar.
Prajanchai sudah memaklumkan beliau bersedia mempertahankan tali pinggang kejuaraannya tanpa mengira siapa pencabarnya selepas ini.