Advertisements
All England: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Mudah Atasi Regu Indonesia
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang mara ke separuh akhir All England Open Championship 2024.

Advertisement

Ini selepas Aaron-Wooi Yik mengatasi cabaran regu nombor sembilan dunia dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana di pentas suku akhir.

Ramai peminat badminton negara menjangkakan juara dunia beregu lelaki edisi 2022 itu bakal mara ke separuh akhir.

Advertisement

Ini berdasarkan rekod pertemuan sebelumnya membabitkan kedua-dua regu. Dalam empat pertemuan sebelumnya, kesemuanya dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik.

Set pertama menyaksikan ketangkasan regu negara sukar ditandingi oleh Shohibul-Bagas di atas gelanggang.

Advertisement

Justeru, tidak hairanlah Aaron-Wooi Yik mudah meraih kemenangan dalam set pertama dengan keputusan 21-14.

Advertisement

Set kedua menyaksikan juara Denmark Open 2023 itu semakin dominan di atas gelanggang. Setiap pukulan yang dihasilkan Shohibul-Bagas mudah dibalas oleh Aaron-Wooi Yik.

Kesilapan demi kesilapan terutama di jaring yang dilakukan regu Indonesia itu memastikan regu negara mara ke separuh akhir dengan keputusan 21-11.

Advertisement

Kejayaan ini menjadikan Aaron-Wooi Yik sebagai satu-satunya wakil negara di separuh akhir All England Open Championship 2024. Ini selepas dua lagi wakil negara, Lee Zii Jia dan Pearly Tan-M. Thinaah masing-masing terkandas di peringkat suku akhir.

Aaron-Wooi Yik bakal berdepan cabaran regu nombor 15 dunia dari Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan di pentas separuh akhir esok.