Pemain sayap Selangor FC, Alvin Fortes mengambil aura bintang Terengganu FC, Safawi Rasid.
Pemain berusia 29 tahun itu meneruskan momentum cemerlang untuk merekodkan jaringan bersama Gergasi Merah.
Beliau menjadi watak penting pasukan bimbingan Nidzam Jamil untuk merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Penang FC di Stadium MBPJ.
Bekas pemain Ratchaburi FC di Thai League ini membuat penyokong satu stadium tergamam apabila meledak satu jaringan cantik.
Sepakan percuma deras olehnya dari jarak yang agak jauh berjaya memerangkap penjaga gol Penang FC, Sikh Izhan untuk jaringan ketiga Selangor di laman sendiri.
Jaringan ini mengigatkan penyokong kepada ledakan berbisa Safawi Rasid menerusi sepakan percuma ketika berdepan Selangor di Gong Badak pada aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024.
Alvin Fortes sudah meledak 6 jaringan dalam 9 penampilan bersama Selangor FC musim 2024/25.
Selangor dan Terengganu bakal bertemu bagi aksi separuh akhir kedua Piala FA pada 3 Ogos 2024 di Stadium MBPJ.