Amar Makruf Ketepikan Soal Gaji, Fokus Timba Pengalaman Di Eropah
Dunia
Instagram Amar Makruf
Advertisements

Pemain muda bola sepak kelahiran Dungun, Terengganu, Amar Makruf ketepikan soal gaji rendah yang diterimanya di Eropah asalkan dapat menimba pengalaman di bumi Eropah.

Beliau sebelum ini menandatangani kontrak profesional bersama pasukan La Liga 2, A.D. Alcorcón.

Dalam satu temubual bersama pihak HarimauMalaya, Amar menjelaskan pentingnya untuk beliau fokus mendapatkan tempat di Eropah berbanding memikirkan soal gaji.

Advertisements

“Saya pegang kata-kata kapten pasukan kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin yang sebelum ini menjelaskan rela terima gaji rendah asalkan dapat main di liga tertinggi.

“Jadi saya secara peribadinya akan ikut langkah Chanathip untuk tidak terlalu memikirkan soal gaji sebaliknya fikir untuk main di liga terbaik,” jelasnya kepada HarimauMalaya.

Selain itu Amar turut menafikan tuduhan beliau dapat beraksi di Eropah disebabkan oleh bantuan keluarga semata-mata sebaliknya beliau berkata beliau diterima di sana kerana ejen nampak bakatnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram