Advertisements
Amaran Awal Jeonbuk Hyundai Kepada Selangor
ACL
MakanBola
JHMFC/SFC

Kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai memberikan amaran awal kepada Selangor.

Skuad kendalian Kim Do-heon mempamerkan persembahan cemerlang apabila menundukkan wakil Thailand, Muangthong United dengan keputusan 4-1.

Gergasi Merah pula berhempas-pulas sebelum menundukkan wakil Filipina, DH Cebu hasil jaringan tunggal Yohandry Orozco pada babak pertama.

Kedua-dua pasukan bertemu bagi aksi ketiga AFC Champions League Two (ACL2) di Stadium MBPJ pada 23 Oktober 2024.

Berdasarkan rekod 5 perlawanan terakhir, Jeonbuk Hyundai menang kesemua perlawanan termasuklah ketika membelasah DH Cebu dengan keputusan 6-0.

Malah, Jeonbuk hanya dibolosi dua gol ketika menentang Jeju dan juga Muangthong United baru-baru ini.

Anak buah Nidzam Jamil pula kembali menemu rentak cemerlang apabila mencatatkan 4 keputusan positif termasuklah mengikat Muangthong United.

Terbaru, Jeonbuk bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Daegu dengan jaringan 3-2 di tempat lawan sebelum kempen ACL2 bersambung.

Kedua-dua pasukan memburu kemenangan penting dengan Selangor berpeluang untuk menguji kekuatan sebenar pasukan di tempat sendiri terlebih dahulu.