Advertisements
Amaran Awal Muangthong United Kepada Selangor
ACL
MakanBola
Selangor FC

Jaguh Thailand, Muangthong United memberi amaran awal kepada Selangor FC.

Skuad kendalian Abdi Hassan tewas kali pertama dalam kancah Liga Juara-Juara AFC Two (ACL2) menentang wakil Korea, Jeonbuk Hyindai tempoh hari.

Muangthong United pula berbisa selepas membelasah DH Cebu dengan keputusan 9-2 di tempat lawan.

Saingan peringkat kumpulan terus hangat berlangsung selepas Jeonbuk Hyundai memungut 9 mata, Selangor dengan 7 mata diikuti oleh Muangthong United dengan 5 mata.

Cabaran hebat buat Gergasi Merah yang bakal melayan kunjungan Muanghong United pada 28 Oktober ini bagi menempah tiket ke pusingan berikutnya.

Anak buah Uthai Boonmoh bagaimanapun bergelut untuk mencapai prestasi sebenar dalam saingan Thai League 1 selepas berada pada kedudukan ke-11 ketika ini.

Selangor mencapai prestasi yang amat baik dalam kancah Liga Super apabila menghuni tangga ke-2 selepas 14 perlawanan.

Pengendali Selangor, Abdi Hassan mahu memastikan anak buahnya tampil lebih berdisiplin di Asia selepas ini.

“Beraksi pada tahap ini, kita perlu fokus 100 peratus. Mereka dapat jaringkan gol dalam situasi ‘set piece’. Kita perlu lebih berdisiplin.

“Pada aksi separuh masa kedua, kami cuba mengambil lebih banyak risiko, disebabkan itu, kita dapat hasilkan lebih banyak peluang dan cuba merapatkan jurang tetapi ia tidak berlaku,” katanya.

Selangor bakal bertemu Muangthong United pada 28 November di Stadium MBPJ.