AMD Bakal Asah Taring Di Jepun, Akademi Terkemuka Jadi Lawan
Asia
NFDP
Advertisements

Barisan pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17) bakal mengasah taring mereka di bumi Jepun.

Ini selepas pasukan itu dijemput menyertai Sanix Cup 2024 yang bakal berlangsung dari 13 hingga 17 Mac di Munakata City, Fukuoka.

Perkara ini dikongsikan pemerhati bola sepak Jepun, Ahmad Ridzuan AG menerusi satu hantaran di X hari ini.

Advertisements

Selain AMD B-17, kejohanan ini turut disertai beberapa kelab J1 League iaitu Kashiwa Reysol, Vissel Kobe, Sagan Tosu dan Gamba Osaka.

AMD B-17 yang dibimbing Amiridzwan Taj Tajuddin bukan satu-satunya wakil asing yang bertanding dalam Sanix Cup 2024.

Kelab A-League, Newcastle Jets dan wakil Liga Super China (CSL), Zhejiang FC turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Advertisements

Skuad muda AMD B-17 bakal berdepan cabaran sukar kerana berada dalam Kumpulan D bersama Aomori Yamada High School.

Ini kerana menurut Ahmad Ridzuan, pasukan itu dilabel sebagai raja kejohanan bola sepak bawah 18 tahun (B-18).

Aomori Yamada High School telah menggondol tiga gelaran juara pada tahun 2023 iaitu All Japan High School Soccer Tournament, Takamado U-18 Premier League East dan Takamado U-18 Premier League Finale.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram