Asia

Jurulatih China Didakwa ‘Pilih Kasih’

Jiayi China FA Jurulatih China Didakwa ‘Pilih Kasih’
China FA
Advertisements

Jurulatih China, Shao Jiayi didakwa bersikap pilih kasih dalam memilih pemain menyertai kem pasukan negara itu.

Portal 163.com melaporkan dakwaan itu timbul kerana Jiayi gagal memanggil pemain China yang mewakili juara Chinese Super League (CSL), Dalian Yingbo.

Sebaliknya, beliau memanggil lima pemain yang mewakili naib juara liga, Chengdu Rongcheng dalam skuad kali ini.

Keputusan Jiayi dianggap kontroversi kerana prestasi buruk Chengdu dalam beberapa aksi terakhir CSL. Prestasi buruk pasukan itu bukan saja menyebabkan Chengdu terlepas gelaran juara.

Malah, pasukan itu turut mengambil keputusan memecat jurulatih Australia, John Aloisi selepas tamat kempen musim 2026.

Susulan itu, portal sama melaporkan Jiayi akhirnya memanggil tonggak Dalian, Mao Weijie untuk kem China. Weijie dibawa masuk menggantikan Xie Wenneng.

Pemain sayap Shandong Taishan itu terpaksa melupakan kempen bersama China pada November ini susulan kecederaan pada bahagian mata.

China akan berdepan Harimau Malaya pada 14 November. Ini disusuli perlawanan menentang pasukan Asia Barat, Bahrain pada 17 November.