AMD Diiktiraf Oleh AFC Dan FIFA Sebagai Akademi Remaja Elit
Dunia
NFDP Official
Advertisements

Akademi Mokhtar Dahari yang ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2014 kini telah mendapat pengiktirafan di peringkat yang lebih tinggi. Badan penilai antarabangsa, Double Pass telah menilai Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) melalui satu program iaitu FIFA Talent Development Program.

Double Pass yang merupakan rakan kongsi FIFA sebagai pakar penilai telah menyatakan bahawa akademi ini mempunyai kualiti yang sangat tinggi sebagai salah sebuah program pembangunan pemain.

“Sebagai sebahagian daripada Projek Prestasi Tinggi FIFA, Double Pass telah melakukan analisis yang mendalam terhadap Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Kami telah melakukan temubual bersama badan pengurusan dan kakitangan untuk mengkaji dokumen dan menganalisis sesi latihan. Secara keseluruhan, AMD mempunyai kualiti dan tahap pengkhususan yang tinggi.”

Advertisements

Selain itu, pihak mereka turut menjelaskan bahawa AMD merupakan salah sebuah akademi yang mempunyai visi yang jelas dalam mengimbangi antara pembangunan pemain serta kesuksesan pasukan.

“AMD beroperasi sebagai pusat latihan berprestasi tinggi di Malaysia. Tahap profesionalisme daripada semua kakitangan sangat baik terhadap projek ini. Tahap kepimpinan sangat terbuka untuk berkongsi maklumat dan memberi informasi yang jujur mengenai program ini.”

“Dokumen, data serta video diserahkan tepat pada waktu dan hasil temubual adalah sangat positif. Akademi ini mempunyai visi yang jelas untuk mengimbangi pembangunan pemain secara individu dan pasukan.”

Advertisements

Dalam satu poster yang di hantar di laman rasmi media sosial NFDP, Double Pass turut memberi skor yang baik dengan cacatab 53 mata. Ini suati tanda positif buat projek pembangunan pemain muda.

“Bagi projek ini, sebanyak 377 akademi bola sepak elit dari seluruh dunia telah dianalisis berdasarkan 230 kriteria yang mempengaruhi tujuh dimensi. Sebanyak 75 standard antarabangsa telah digunakan. Skor catatan median antarabangsa ialah 37 dan AMD berjaya mencatat 53 mata. Ini adalah satu keputusan positif sebagai benchmark sesbuah akademi.”

Untuk rekod, graduan generasi pertama AMD seperti Luqman Hakim, Zikri Khalili dan Sikh Izhan kini berjaya mencipta nama sebagai bintang muda berbakat. Dengan kesungguhan setiap pemain sejak peringkat akar umbi, bakat muda kita pasti akan lebih menyerlah dan bersinar di masa hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram