AMD U17 Beri Saingan Terhebat Kepada Pasukan Aomori Yamada High School
Asia
Ahmad Ridzuan AG
Advertisements

Selepas tewas 10-0 kepada skuad remaja Gamba Osaka dalam aksi pertama Kumpulan D Sanix Cup 2024, barisan pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17) bangkit hari ini.

Pasukan muda yang mewakili Malaysia itu memberi tentangan sengit kepada raja kejohanan bola sepak remaja Jepun, Aomori Yamada High School dalam aksi kedua kumpulan hari ini.

Selepas mengikat juara All Japan High School Soccer Tournament tanpa jaringan selepas tamat 80 minit perlawanan, AMD B-17 akhirnya tewas 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Perkembangan ini dikongsikan oleh pemerhati bola sepak Jepun, Ahmad Ridzuan AG di X hari ini.

Prestasi memberangsangkan yang ditampilkan barisan pemain AMD B-17 turut mendapat pujian pengguna media sosial.

Pengguna X, Ewan Abbas melihat barisan pemain menunjukkan prestasi terpuji dan berjaya menyaingi lawan mereka.

Advertisements

“Tahniah, mereka menunjukkan prestasi cemerlang menentang Aomori. Ini satu perlawanan yang seimbang (membabitkan kedua-dua pasukan),” katanya.

Selepas ini, pasukan AMD B-17 bakal menghadapi Tokai University Fukuoka High School untuk aksi terakhir Kumpulan D Sanix Cup 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram