Advertising
Amri Yahyah: Budak-Budak Sekarang Melawan Saja
MakanBola
PT Athletic

Lagenda bola sepak negara, Amri Yahyah sempat berkongsi ilmu tentang teknik sepakan penalti baru-baru ini.

Tonggak berusia 44 tahun itu kini beraksi buat kelab Vigor FC menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Ad

Perkongsian Tiktok pemilik nama Alhafiz menunjukkan bahawa Amri sedang berkongsi teknik sepakan penalti terbaik kepada individu tersebut.

Ad

Beliau juga memberi beberapa tips sekiranya seseorang pemain mahu mengambil sepakan penalti dengan lebih baik dan yakin.

“Apabila kita mahu melakukan sepakan penalti, pastikan ia dihalakan kepada satu sudut sahaja. Jangan semasa nak sepak tiba-tiba kita tukar kepada sudut yang lain.

Ad

Sepakan oleh Alhafiz ini bagaimanapun melambung tinggi sungguhpun telah dihalakan kepada satu sudut sahaja lalu menerima respon daripada bekas pemain Sabah itu.

Ad

“Budak-budak ni sekarang kita cakap, melawan saja. Berlagak,” ujar Amri berseloroh.

Ad

Amri sebelum ini beraksi buat kelab Liga A1 Semi-Pro, PT Athletic. Sepanjang bersama kelab itu, beliau telah meledakkan 12 gol sekaligus menjadi penjaring terbanyak PT Athletic.