Amri Yahyah Memang Tak Sengaja Jaringkan Gol
MFL
ESPN / MFL
Advertisements

Siapa yang tidak kenal pemain otai Sabah FC, Amri Yahyah. Walaupun sudah berumur 42 tahun, namun ketajaman yang beliau ada sewaktu zaman muda tidak pernah luntur. Amri telah buktikannya sekali lagi dalam satu aksi Piala MFL semalam.

Pada aksi Piala MFL semalam, Sabah U23 berjaya membelasah Kelantan United U23 dengan keputusan 4-1 dan salah satu gol Sabah telah dijaringkan oleh Amri Yahyah. Gol tersebut terhasil pada minit ke-91 perlawanan melalui sepakan percuma menarik.

Dalam perlawanan tersebut, Amri bermula di bangku simpanan dan dibawa masuk pada separuh masa kedua selepas menggantikan seorang lagi pemain senior, Gary Steven Robbat. Amri beraksi sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Amri telah memuatnaik gol menarik yang dijaringkan beliau di laman instagram. Beliau sempat berseloroh dengan menyatakan niat beliau pada awalnya adalah untuk berkongsi pengalaman dengan pemain muda Sabah, namun secara tidak sengaja beliau menjaringkan gol.

“Niat untuk share experience to young rhinos tak sangka ter’score’ pula,” coret Amri di laman instagram, ratu_amri.

Video tersebut telah mengundang komen daripada bekas rakan sepasukannya yang mengucapkan ucapan tahniah seperti bekas pemain Selangor FC, Sandro Mendonca dan bekas pertahanan Sabah FC musim lalu, Jackson de Souza.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram