Putera sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr berpotensi mewakili salah satu daripada lima negara di pentas bola sepak antarabangsa.
Lima negara yang dimaksudkan ialah Portugal, Amerika Syarikat, Sepanyol, England dan Cape Verde.
Sekiranya Cristiano Jr memilih Portugal, beliau boleh melakukannya menerusi status kerakyatan bapanya. Selain itu, status Ronaldo sebagai legenda bola sepak negara itu dilihat memberi kelebihan kepada Portugal.
Cristiano Jr juga berpeluang beraksi di bawah bimbingan Mauricio Pochettino seandainya memilih beraksi untuk Amerika Syarikat. Ini disebabkan beliau dilahirkan di San Diego pada tahun 2010.
England dan Sepanyol juga berpeluang mendapatkan khidmatnya mewakili pasukan kebangsaan masing-masing.
Ini kerana Cristiano Jr pernah menetap di Sepanyol selama tiga tahun sebelum berusia 10 tahun.
Kes sama turut terpakai kepada England apabila beliau menetap di negara itu selama lima tahun ketika Ronaldo beraksi untuk Manchester United.
Cristiano Jr juga boleh memilih mengikut jejak pemain bola sepak yang mewakili negara berbeza daripada ahli keluarga mereka dengan memilih Cape Verde.
Ini kerana negara kepulauan di timur Afrika itu merupakan negara asal moyang Ronaldo.
Trend anak-anak legenda terkenal mewakili negara berbeza di peringkat antarabangsa bukan perkara asing. Misalnya, putera Gianluigi Buffon, Louis Thomas memilih mewakili Republik Czech.
Anak legenda Liverpool, Jamie Carragher, James pula mewakili Malta. George Hirst pula membuat kejutan dengan memilih mewakili Scotland daripada negara bapanya, England.