Anak Cristiano Ronaldo Raih Gol Sulung Bersama Portugal
MakanBola
FPF

Anak Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr meledakkan gol sulung bersama skuad Portugal Bawah 15 Tahun (B-15) baru-baru ini.

Beliau meledakkan gol buat skuad muda A Selecao dalam aksi final Vlatko Markovic International Tournament menentang Croatia.

Sebaik menyumbat gol pada minit ke-13, Cristiano Jr yang gembira kemudiannya melakukan keraian ‘Siu’ yang biasa dilakukan bapanya.

14 minit kemudian, Ivan Caleta menyamakan kedudukan buat Croatia. Portugal kembali mendahului menerusi Cristiano Jr pada minit ke-44.

Croatia mengikat kedudukan 2-2 menerusi Rio Joka pada minit ke-60. Rafael Cabral memastikan kemenangan milik Portugal dengan meledakkan gol ketiga pada minit ke-79.

Kemenangan ini menyaksikan Portugal menjulang trofi Vlatko Markovic International Tournament. Ini juga menjadikan trofi tersebut trofi pertama yang dimenangi Cristiano Jr.

Kejayaan ini dijangka membakar semangat beliau untuk tampil lebih cemerlang bersama Portugal selepas ini.