Seperti yang semua maklum, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Yang Hormat Dato’ Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV) antara individu yang berminat untuk kembali mengambil alih semula pasukan bola sepak Kelantan.
Menurut wawancara di Nadi Arena, anak lelaki kepada Dato’ Seri Vida menyatakan bahawa beliau mahu menjadi pemain Kelantan tanpa gaji dimasa akan datang jika sudah di tukar sebagai pemilik.
Dato’ Seri Vida turut akan memberi kebebasan kepada anaknya itu untuk beraksi di mana-mana posisi yang diminatinya asalkan dapat membantu pasukan.
“Untuk masa sekarang, Kalau jadi pemain tanpa gaji pun takpe, kerana ketika ini saya melihat kelantan sangat sedih, dulu kelantan pasukan yang digeruni.
“Dan sekarang kita tahu Kelantan adalah lubuk mata buat pasukan lain untuk menang.
“Tapi dimasa akan datang, jika mama (DSV) dah ambil alih, mungkin mama akan boleh buat kelantan lebih maju dimasa hadapan,” kata Kacak ketika ditemu ramah bersama Astro Arena.
Sebelum ini, Dato’ Seri Vida difahamkan sudah mempunyai pelan khas untuk kembalikan zaman kegemilangan TRW Kelantan.
Namun, pemilik asal Kelantan, Zamsaham menyatakan bahawa masih tiada penawaran rasmi lagi dari pihak Dato’ Seri Vida setakat ini.