Seorang pemain berketurunan Kelantan kini mula mencipta nama apabila menjadi milik kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
Baru-baru ini, laman Frfuturetalents mengeluarkan senarai panjang berkenaan pemain yang didakwa memiliki pertalian darah dengan Malaysia.
Terdapat juga beberapa nama besar yang beraksi dalam saingan liga terkemuka di Eropah seperti Josh Brownhill dan Zien Flemming (Burnley FC), Iggy Houben (PSV) dan juga Ethan Wheatley (Manchester United).
Seorang lagi pemain menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air apabila beliau dilaporkan turut memiliki pertalian darah dengan Malaysia.
Pemain yang dimaksudkan itu adalah penyerang berbisa Crystal Palace, Luke Plange yang beraksi pada posisi penyerang.
Tonggak berusia 22 tahun itu dikatakan memiliki pertalian darah dengan Malaysia dan mempunyai susur-galur dari Pantai Timur iaitu Kelantan oleh laman bola sepak terkemuka, Transfermarkt.
“Beliau layak beraksi buat Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Kelantan, Malaysia,” jelas laman Transfermarkt.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung status pemain ini untuk mewakili Harimau Malaya tatkala beliau sedang mengembangkan potensi di Eropah.
Bekas pemain Arsenal ini dinilai pada tanda harga 600,000 Euro (RM2.8 Juta) kini beraksi di Finland bersama kelab HJK Helsinki.