Advertisement
Petanda Baru Kaitkan Josh Brownhill Hampiri Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
Burnley FC

Pemain Burnley FC, Josh Brownhill memberikan petanda besar secara tidak langsung bayangan menghampiri Harimau Malaya.

Skuad Harimau Malaya mula dikaitkan dengan kehadiran beberapa tonggak baharu yang berpotensi menyarung jersi negara dalam masa terdekat.

Hal ini selepas laman Frfuturetalents mengeluarkan senarai pemain yang didakwa memiliki pertalian darah dengan Malaysia termasuklah kapten Burnley FC, Josh Browhill.

Tonggak berusia 29 tahun itu merupakan bekas pemain Akademi Manchester United menjadi antara watak tumpuan sebagai pemain Gred A dari Eropah yang berpeluang menyarung jersi negara.

Perkara ini dikukuhkan lagi selepas laman Transfermarkt mengesahkan bahawa Brownhill sememangnya memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya mempunyai susur galur Malaysia melalui nenek saya, yang merupakan sesuatu yang amat saya banggakan.

“Walaupun saya memberi tumpuan kepada kerjaya kelab saya sehingga sekarang, kemungkinan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang saya akan terbuka untuk mempertimbangkan,” jelasnya kepada Frfuturetalents.

Tonggak kelahiran Carrington, England itu difahamkan boleh mewakili Malaysia menerusi pertalian menerusi neneknya.

“Beliau juga boleh mewakili Malaysia menerusi susur galur neneknya,” tambah laman Transfermarkt.

Beliau dinilai pada tanda harga 13 Juta Euro (RM61 Juta) dan bakal menjadi pemain termahal Malaysia sekiranya menyertai skuad negara.