Analisis Perbandingan Rekod Jaringan Penggempur JDT & Selangor
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertembungan separuh akhir yang melibatkan dua pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghangatkan perebutan ke pentas akhir Piala FA.

Kedua-dua pasukan memiliki rekod yang amat baik pada musim ini dengan anak didik Tano Solari mengekalkan rekod kebal dalam Liga Super apabila merakamkan 14 kemenangan berturut-turut.

The Red Giants juga tidak kurang hebatnya apabila beraksi dengan baik di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Advertisements

Mereka kini berada di tangga kedua Liga Super dengan 31 mata hasil 10 kemenangan dan satu seri sekaligus menjadi pencabar terdekat skuad Harimau Selatan.

Pertembungan ini juga cukup menarik berbekalkan ketajaman jentera serangan pasukan JDT dan Selangor apabila masing-masing sudah menjaringkan 54 dan 37 gol pada musim ini dalam saingan liga.

Advertisements

Trio Forestieri-Bergson-Arif Aiman

Tiga orang pemain ini menjadi tunjang utama buat jentera serangan JDT dengan penyudah tajam di hadapan gawang telah memastikan pasukan selesa mendahului saingan liga.

Advertisements

Forestieri sudah pun meledak 15 gol setakat ini manakala Bergson dan Arif Aiman masing-masing dengan 9 dan 5 gol.

Arif Aiman menjadi pemain paling banyak melalukan bantuan gol iaitu 9 diikuti rapat oleh Forestieri dengan 7 bantuan gol.

Advertisements

Impak yang dibawa oleh trio ini amat penting buat pasukan dan dijangka akan terus menjadi taruhan Tano Solari bagi aksi penting di Stadium Sultan Ibrahim nanti.

Trio Ayron-Faisal-Mukhairi

Trio ini sudah pun menghasilkan lebih daripada 20 gol menerusi persefahaman yang cukup baik di atas padang.

Ayron yang juga bekas penyerang sensasi Liga Colombia menerima kritikan pada awal musim namun kini cemerlang merekodkan 13 jaringan dan 3 bantuan gol.

Gandingan berbisa bersama kapten Harimau Malaya, Faisal Halim cukup berbisa apabila pemain bertubuh kecil ini juga sudah pun menjaringkan 7 gol dan 6 bantuan gol buat Selangor.

Mukhairi juga kini semakin mendapat tempat di bawah kendalian Tan Cheng Hoe selain sudah menjaringkan dua gol setakat 554 minit permainan di Liga Super.

Kesimpulan:

Kemenjadian jentera serangan JDT dan Selangor amat penting dalam misi mara ke pentas akhir sambil skuad Harimau Selatan gah apabila turun selaku juara bertahan di laman sendiri untuk mengiringi KL City yang sudah mengesahkan slot ke final lebih awal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram