Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Andoni Zubiaurre kembali menjadi bualan hangat selepas beliau disyaki berketurunan Malaysia.
Pemain berusia 28 tahun itu turun bagi aksi ketujuh kumpulan bersama JDT menentang Central Coast Mariners dan merekodkan kemenangan 2-1 di tempat lawan.
Skuad Harimau Selatan juga kini melonjak ke tangga kelima kumpulan dengan 11 mata sekali gus mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.
Tumpuan peminat bagaimanapun terarah kepada status Andoni yang kini menjadi sandaran untuk bagi Hector Bidoglio untuk beraksi pada pentas ACLE musim ini.
Kemas kini oleh senarai kesebelasan utama AFC di kaca televisyen memaparkan status pemain itu sebagai warganegara Malaysia menjadi tanda tanya ramai.
Beliau menjadi salah seorang daripada tiga pemain tempatan yang diturunkan dalam kesebelasan utama JDT bersama kapten, Natxo Insa dan juga Arif Aiman Hanapi.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan status sebenar bekas tonggak Real Sociedad itu sama ada memiliki keturunan Malaysia atau tidak.
JDT terus menjadi penyumbang terbesar mata AFC MA Ranking Malaysia selepas satu lagi wakil negara, Selangor FC telah tersingkir pada peringkat kumpulan.

Aksi terakhir peringkat kumpulan menyaksikan JDT akan bertemu gergasi Asia, Pohang Steelers pada 18 Februari untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.