Andre Onana Risau Posisinya Di Man United Hilang
EPL
Manchester United
Advertisements

Penjaga gol Man United, Andre Onana kini berdepan kebimbangan tidak lagi bergelar penjaga gol utama pasukan itu pada awal tahun hadapan.

Penjaga gol Cameroon itu kini berdepan tekanan daripada penyokong susulan prestasi buruknya di depan gawang United musim ini.

Sejak dipilih sebagai pengganti jangka panjang David de Gea, Onana sudah melepaskan 33 gol dalam 20 perlawanan musim ini – terburuk sejak musim 1962-1963.

Advertisements

Dengan Onana bakal memperkuatkan skuad Cameroon untuk Kejohanan Negara-Negara Afrika awal tahun hadapan, situasi ini memeningkan kepala pengurus Erik ten Hag.

Dua faktor ini bakal mendorong pengurus Belanda itu untuk menurunkan Altay Bayindir sebagai penjaga gol utama menggantikan Onana.

Advertisements

Ten Hag percaya Bayindir mampu menggalas peranan sebagai penjaga gol utama United sekiranya diperlukan.

“Altay semakin menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan beliau juga sudah menyesuaikan diri dengan bola sepak Eropah yang dianggap sukar jika anda datang dari Turki.

Advertisements

‘Tapi kami gembira dengan proses tersebut, beliau melakukannya dengan baik. Beliau perlu bersabar tetapi jika beliau menunjukkan prestasi bagus dan meneruskan kemajuannya, beliau akan mendapat peluang dan perlu merebutnya,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Siapa penjaga gol yang menjadi pilihan ten Hag bakal diketahui bila The Red Devils turun menentang Newcastle United pada awal pagi 3 Disember.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram