Andres Iniesta Bakal Sertai Liga 1 Thailand?
Transfer
@visselkobe
Advertisements

Selepas mengesahkan akan meninggalkan Vissel Kobe pada Jun ini, ramai ingin tahu destinasi seterusnya yang bakal dituju legenda Sepanyol, Andres Iniesta. Kini, wujud ura-ura yang mendakwa jeneral tengah berusia 37 tahun itu akan berpindah ke Thai League 1.

Menurut SNE Sports, sudah ada beberapa pasukan yang tidak dinamakan dari liga tersebut mahu mendapatkan khidmat bekas pemenang Piala Dunia 2010 itu. Penyokong hanya mampu berspekulasi pasukan mana yang mahu mendapatkan Iniesta.

Tidak mustahil jika salah satu pasukan yang mengejar khidmat legenda Barcelona itu ialah Buriram United. Ini kerana selepas meraih pencapaian treble pada musim 2022-2023, sudah pastinya pengerusi kelab, Newin Chidchob mahu pencapaian itu diulangi pada musim seterusnya.

Advertisements

Selain itu, Thunder Castle juga mempunyai kekosongan dari segi kuota pemain import. Ini selepas baru-baru ini, Buriram mengambil keputusan melepaskan penyerang Republik Demokratik Congo, Jonathan Bolingi.

Menurut laporan Thai League Central, hal ini berlaku disebabkan Bolingi menolak jurulatih kecergasan Bangkok United, Rodrigo Squinalli dalam aksi final Thai FA Cup pada Ahad lepas.

Susulan itu, Buriram mengumumkan khidmat bekas penyerang Royal Antwerp itu tidak dikekalkan atas alasan Bolingi mempunyai masalah pengurusan kemarahan yang serius.

Advertisements

Sekiranya Buriram membawa Iniesta ke Chang Arena, beliau bukan saja akan menambah kekuatan di bahagian tengah. Malah, ini memberi peluang kepadanya menurunkan pengalaman luas yang dimiliki kepada rakan-rakan sepasukan termasuk kapten Harimau Malaya, Dion Cools.

Tidak kira pasukan mana yang akan dipilihnya nanti, sentuhan magis legenda Sepanyol itu di atas padang pasti akan memukau mata para penyokong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram