Andres Iniesta Dan Vissel Kobe Di Ambang Penyingkiran
Dunia
MakanBola
Vissel Kobe
Advertisements

Pasukan gergasi Jepun, Vissel Kobe kini berkemungkinan bakal tersingkir daripada liga utama Jepun disebabkan prestasi yang terumbang-ambing ketika ini.

Vissel Kobe yang dibimbing oleh jurulatih A. Miura masih tidak mencatatkan sebarang kemenangan setakat ini.

Advertisements

Setelah beraksi sebanyak 6 perlawanan, pasukan tersebut hanya berjaya merekodkan 3 seri selain tumpas juga sebanyak 3 kali musim ini.

Prestasi mengejutkan Vissel Kobe telah meletakkan mereka kini di tangga kedua tercorot liga apabila hanya mengumpul 3 mata sahaja.

Advertisements

Sungguhpun dibarisi oleh pemain pasukan kebangsaan Jepun seperti Yuki Kobayashi, prestasi kurang memuaskan pasukan ini menyebabkan mereka gagal menempatkan diri pada posisi yang sepatutnya.

Nama-nama bintang yang berada dalam pasukan juga tidak mampu untuk memberi impak yang diharapkan apabila lagenda seperti Andres Iniesta dan juga Sergi Samper kini tidak lagi diletakkan selaku pemain utama pasukan.

Advertisements

Bintang Sepanyol berusia 37 tahun itu hanya beberapa kali memulakan perlawanan pada musim ini dan hanya berjaya mencatat 1 gol dan juga 1 bantuan gol yang jelas tidak memberi kesan yang besar terhadap persembahan pasukan.

Beliau menjaringkan gol ketika menentang Sanfrecce ketika mengikat pasukan tersebut dengan keputusan 1-1.

Advertisements

Kini, pasukan tersebut di ambang penyingkiran jika prestasi pasukan masih tidak pulih menjelang separuh musim pertama liga berlangsung.

News Comments Account