Pemain Filipina, Angelo Brückner Melakukan Debut Bersama Bayern Munich
Asia Tenggara
Photo: FC Bayern
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya – Pemain kacukan Filipina-Jerman, Angelo Brückner melakukan debut bersama gergasi Jerman, Bayern Munich dalam satu perlawanan persahabatan menentang Ajax.

Bruckner merupakan pemain produk akademi Bayern Munich dan turut mewakili pasukan Jerman bawah 17 tahun pada tahun 2019.

Bruckner memperoleh kontrak profesional pertamanya pada 1 Julai tahun ini dan akan kekal bersama Bayern Munich sehingga 2024.

Advertisements

Pemain defensif ini mampu beraksi dalam pelbagai posisi seperti pertahanan kanan dan kiri disamping mampu bermain sebagai defensif midfielder.

Selain dianggap sebagai prospek pemain masa hadapan Bayern Munich, pemain dengan ketinggian 178 cm ini turut diperhatikan pasukan kebangsaan Filipina dan beliau dijangka akan dipanggil untuk kempen Piala AFF yang bakal dilangsungkan pada 5-31 Disember ini.

Dalam perlawanan bertemu Ajax, Bruckner dimasukkan pada minit ke-62 menggantikan pemain Perancis, Bouna Sarr ketika kedua-dua pasukan dalam kedudukan jaringan 2-2.

Advertisements

Perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan seri 2-2 menerusi jaringan Zakaria Labyad, Victor Jensen, Eric Maxim dan Tanguy Nianzou.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram