Ads
Harimau Malaya
Azri/MakanBola

Seperti semua sedia maklum, Malaysia memulakan aksi sulung Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan pasukan di tangga ke-97 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 semalam.

Advertisements

Namun ramai yang tidak tahu terdapat angka yang memberikan tuah kepada kemenangan Malaysia itu. Angka tersebut adalah angka ‘7’. Mengapa angka ‘7’?

Advertisements

Salah seorang penyokong Harimau Malaya yang dikenali dengan nama AizinFA telah mencoret satu ciapan di laman X miliknya untuk berkongsi bagaimana angka 7 menjadi simbolik kepada kemenangan Malaysia berdepan Kyrgyzstan.

Advertisements

Advertisements

“Dimulai gol minit ke-7 Bangkit semula pada gol minit ke-77. Disudahi kemenangan oleh (pemain) jersi nombor 7. Dihimpun gol keseluruhan perlawanan sebanyak 7 gol. Naik tangga ranking Malaysia sebanyak 7 (anak tangga),” coret AizinFA di laman X beliau.

Faisal Halim yang memakai jersi nombor 7 menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan selepas mendapat umapanan menarik daripada Arif Aiman.

Advertisements

Berada di dalam kumpulan D, Malaysia kini mengumpul mata yang sama dengan sebuah lagi pasukan hebat iaitu Oman dengan 3 mata. Oman berjaya mencipta kemenangan 3-0 ke atas Taiwan.

Advertisements

Malaysia bakal meneruskan saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan aksi menentang Taiwan pada 21 November ini di gelanggang lawan. Manakala Oman bakal berdepan Kyrgyzstan pada tarikh yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram