Harimau Malaya memasuki tahun 2026 dengan misi penting untuk mengorak perjalanan panjang.
Pasukan bimbingan Peter Cklamovski cemerlang menutup kempen 2025 di tangga teratas Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Malaysia mengumpul 15 mata hasil lima kemenangan peringkat kumpulan, tiga mata dipisahkan dengan pasukan tangga kedua iaitu Vietnam (12 mata).
Perjalanan tahun 2026 pasukan kebangsaan bermula dengan menanti keputusan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Hal ini selepas (Court of Arbitration for Sport – CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.
“Keputusan ini bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh FIFA terhadap tujuh pemain Harimau Malaya tersebut ditangguhkan buat sementara waktu.
“Mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat,” ujar kenyataan FAM.
Keputusan rayuan ini dijangka keluar pada 26 Februari 2026 untuk mengetahui nasib Harimau Malaya dan tujuh pemain warisan.
Seterusnya, Malaysia bakal ke Stadium Thien Thruong untuk bertemu Vietnam bagi aksi terakhir Kumpulan F pada 31 Mac 2026.
Penjelasan daripada Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John Paul juga melihat bahawa keputusan oleh CAS ini membuka peluang baharu buat pemain warisan negara.
“Kalau kita tengok stay ni biasanya susah nak dapat. Stay of execution tu. Mereka minta provisional measure dan CAS bagi stay ni susah sebab threshold dia sangat tinggi.
“Jadi ada 50-50 peluang untuk untuk menang. Sebab kita punya pengalaman di AFC, semua kes yang AFC buat keputusan, siapa saja yang bawa ke kas, yang mintak provisional measure, semua kalah. Mereka tak pernah dapat,” ujar Windsor di Astro Arena.
Beliau juga melihat senario yang berlaku ini seolah-olah memberikan petanda positif kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
“Tak pernah dapat dalam dalam kita punya history of AFC. Selama saya jadi Setiausaha Agunglah daripada 2015, tak pernah ada satu kes pun di mana yang yang tertuduh tu mendapat stay.
“Ini kali pertama. Ini yang kita tahulah kali pertama pemain dapat stay.
“Seperti mana yang saya sebut tadi, stay itu adalah satu satu perkara yang positif untuk untuk kes untuk pemainlah,” tambah Windsor.