Advertising
Arif Aiman Buka Cerita Kebangkitan Malaysia Saat Benam Kyrgyzstan
MakanBola
Aima/MakanBola

Pemain sensasi Malaysia, Arif Aiman Hanapi berkongsikan kisah membanggakan selepas pemain negara berjaya melakukan kebangkitan dramatik untuk membenam cabaran pasukan ke-97 dunia, Kyrgyzstan.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon dikejutkan dengan dua jaringan lewat pada babak pertama untuk menutup cerita 45 minit pertama dengan ketinggalan 2-1.

Harimau Malaya bagaimanapun melakukan kejutan apabila meledak tiga gol dalam tempoh 15 minit terakhir untuk melakar kemenangan 4-3 di hadapan penyokong sendiri.

Ad

Menurut penjelasan bintang muda JDT itu, beliau hakikatnya tidak menyangka bahawa skuad negara mampu melakukan kebangkitan tersebut.

Ad

“Saya tak fikir apa-apa cuma terkejut juga lah kami kena tiga gol. Tak percaya juga pasukan boleh melakukan kebangkitan sebab sudah ketinggalan, pasukan ini juga rankingnya 97 dunia.”

“Apa yang penting adalah tentang kemenangan malam ini, tak kisahlah perlu bangkit atau mendahului, apa yang penting adalah kemenangan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Ad

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia memungut tiga mata pertama peringkat kumpulan sebelum berlepas ke Taiwan bagi aksi kedua pada 21 November yang juga dimenangi oleh Harimau Malaya dengan keputusan 1-0.

Kemenangan itu memberikan Harimau Malaya tambahan +26.1 mata dan melonjak ke kedudukan 130 dunia berbanding 137 dunia sebelum ini.