Arif Aiman Buka Mata Asia, Kini Sebaris Bintang Al-Nassr
ACL
JST & Al-Nassr
Advertisements

Penyerang muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sekali lagi mencipta fenomena apabila tersenarai dalam kesebelasan mingguan di Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi watak penting buat pasukan Harimau Selatan untuk melakar kemenangan 4-2 berdepan BG Pathum.

Beliau meledak dua jaringan penting untuk membantu pasukan kendalian Tano Solari meraih 3 mata pertama di Asia musim ini.

Advertisements

Kecemerlangan beliau dibantu aksi konsisten sejak perlawanan berdepan Kawasaki Frontale apabila Arif muncul antara pemain paling menyerlah.

Berdasarkan kemas kini oleh laman AFC, Arif berada dalam kesebelasan utama minggu ke-2 bersama beberapa nama besar di Asia.

Advertisements

Arif terpilih sebagai pemain paling menyinar mingguan sekaligus menempatkan beliau bersama bintang kelab Arab Saudi iaitu Talisca dan pertahanan kental Al-Hilal, Kalidou Koulibaly.

Beliau sudah pun menjaringkan dua gol, mencipta dua peluang dan 3 rembatan tepat.

Advertisements

Arif menerima penilaian paling tinggi dalam kalangan pemain JDT iaitu 8.9 diikuti rapat oleh Juan Muniz (8.2) dan Bergson (8.0).

Persembahan ini meletakkan dua pemain utama JDT iaitu Arif dan Muniz dalam kesebelasan terbaik mingguan.

Advertisements

Berdasarkan statistik, Arif merekodkan 3 percubaan tepat, 4 gelecekan sempurna, melakukan dua penciptaan peluang dan memenangi 10 pertarungan bola di atas padang.

JDT akan terbang ke Korea pada 24 Oktober 2023 berdepan Ulsan Hyundai di tempat lawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram