Undi Arif Aiman Selaku ‘Future Star’ Di ACL
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bintang sensasi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi tersenarai dalam kalangan ‘future stars’ di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi tumpuan apabila aksi memukaunya telah membantu Harimay Selatan merekodkan kemenangan 4-2 menentang BG Pathum United.

Beliau berjaya membuktikan kualiti dan kalibernya di hadapan gawang apabila meledak dua gol penting untuk mengesahkan kemenangan.

Advertisements

Arif menyambut baik hantaran pertahanan JDT, Jordi Amat untuk mencetak gol pertama sebelum beliau sekali lagi meledak pada minit ke-78.

Aksi mengujakan itu telah meletakkan beliau sebaris dengan beberapa bintang muda lain yang turut memperagakan aksi terbaik pada minggu ini.

Menerusi satu perkongsian oleh AFC, Arif tercalon bersama tiga lagi bintang muda iaitu Nawaf Alaqidi (Al-Nassr), Min Gyeong-Hyeon (Incheon United) dan juga Ali Jasim (Al-Quwa).

Advertisements

Undian di Instagram Story itu sedang didahului oleh Arif namun diikuti rapat oleh pesaing yang lain.

Beliau sudah pun menjaringkan dua gol, mencipta dua peluang dan 3 rembatan tepat.

JDT akan terbang ke Korea pada 24 Oktober 2023 berdepan Ulsan Hyundai di tempat lawan.

Advertisements

Pautan Undian: AFC Hub

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram