Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi detik yang mencabar selepas perlu mengharungi 4 perlawanan bulan Oktober di gelanggang lawan.
Pasukan bimbingan Tano Solari memulakan aksi bulan ini dengan cukup cemerlang apabila merakamkan kemenangan 4-2 berdepan jaguh Thailand, BG Pathum United di tempat lawan.
Ujian hebat itu bagaimanapun tidak terhenti di situ apabila terdapat tiga lagi aksi yang perlu diharungi di tempat lawan terutamanya dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan juga Piala Malaysia.
JDT bakal ke Stadium Ipoh, Perak bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 kemudian terbang ke Korea Selatan untuk berdepan Ulsan Hyundai pada 24 Oktober 2023.
Aksi terakhir pada bulan Oktober adalah berdepan Kelantan United bagi aksi Liga Super sungguhpun JDT telah menjulang Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.
Pasukan milik DYAM TMJ ini berjaya memperakan aksi yang cukup memukau musim ini selepas hanya tewas sekali iaitu pada aksi pembukaan ACL menentang Kawasaki Frontale.
Rekod jaringan cemerlang iaitu sebanyak 126 gol dalam semua pertandingan memberi kelebihan untuk JDT meledak dengan penyerang sensasi pasukan, Bergson Da Silva baru sahaja merekodkan jaringan ke-100 bersama pasukan.