Advertising
Arif Aiman & Cristiano Ronaldo Jadi Muka Depan AFC
MakanBola
JST/AFC

Dua bintang ternama Asia, Arif Aiman Hanapi dan juga Cristiano Ronaldo kini menjadi muka depan kempen AFC bagi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Tonggak lincah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sudah menjadi bualan hangat di Asia selepas cemerlang membantu Harimau Selatan sejak beberapa tahun lalu.

Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu juga menjadi watak penting dan mengubah landskap bola sepak rantau ini selepas menyertai gergasi Arab Saudi, Al-Nassr.

Ad

Menerusi satu hantaran oleh laman ACL, Arif Aiman dan Ronaldo menjadi muka depan laman tersebut tatkala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat iaitu Techno.

Ad

“AFC dan Techno Mobile telah bekerjasama untuk memberi inspirasi dan menghubungkan peminat bola sepak di seluruh Asia melalui teknologi inovatif dan minat yang dikongsi,” ujar AFC.

Promosi itu telah menggunakan beberapa nama besar bola sepak dunia di Asia seperti Ronaldo, Soufianne Rahimi dan Neymar.

Ad
Ad

Satu lagi kebanggaan buat bola sepak Malaysia apabila wajah Arif Aiman turut tempampang pada promosi tersebut bersama bintang Thailand, Supachai Chaided.

Ad

Saingan ACLE musim 2024/25 dijadualkan bermula pada bulan September ini dengan JDT diletakkan dalam Balang 1 bagi undian kali ini.