Gandingan Arif Aiman Dan Faisal Halim Ketuai Jentera Serangan Malaysia Di Piala AFF
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zi (JDT), Arif Aiman Hanapi yang dipanggil bagi menyertai latihan skuad kebangsaan menjelang persiapan akhir sebelum berangkat ke Singapura nyata memberi sinar buat pasukan Harimau Malaya.

Sebelum ini, pemain berusia 19 tahun ini tidak mendapat tempat dalam senarai awal selepas difahamkan keputusan jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe untuk tidak membawa pemain ini disebabkan beliau mengharungi musim yang cukup padat bersama JDT.

Namun begitu, kecederaan beberapa pemain yang telah dipilih termasuklah rakan sepasukan Arif, Mohamadou Sumareh telah membuka ruang buat pemain ini mendapat tempat dalam pasukan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Cheng Hoe juga difahamkan telah pun menghubungi pemain kelahiran Maran, Pahang ini sejurus tamat perlawanan akhir menentang KL City Selasa lalu dan menyatakan kesediaannya untuk mewakili skuad kebangsaan.

Ini juga berjaya merealisasikan impian peminat bola sepak tanah air yang ingin melihat kelibat pemain sayap muda ni beraksi bersama seorang lagi pemain iaitu, Faisal Halim disebabkan kedua-duanya sedang menikmati musim yang cemerlang bersama pasukan masing-masing.

Arif Aiman yang beraksi dalam kesemua perlawanan liga sama ada sebagai pemain utama mahupun pemain gantian telah menjaringkan 2 gol dan melakukan 3 bantuan gol.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau juga memainkan peranan yang cukup penting dalam usaha membawa JDT ke pentas akhir Piala Malaysia menerusi jaringan ketika menentang Terengganu.

Selain itu, nama Faisal Halim juga turut menjadi perbualan hangat setelah menjadi watak penting Terengganu FC musim ini.

Pemain ini membentuk gandingan yang sangat baik di barisan serangan pasukan Nafuzi Zain apabila berjaya menjaringkan 6 gol dan mencatat 4 bantuan gol dalam saingan Piala Malaysia. Ini juga menyebabkan para penyokong teruja untuk melihat gandingan dua pemain ini di atas padang untuk memacu cabaran Malaysia yang bermula Isnin ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram