Tan Cheng Hoe: Selepas Perlawanan Final, Saya Sempat Berbual Dengannya Dan Dia Bersedia
Dunia
FAM
Advertisements

Pasukan Harimau Malaya hari ini diserikan dengan dua wajah baharu yang dipanggil pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi menghadiri sesi latihan terakhir sebelum pasukan negara berlepas ke Singapura pada esok.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa Kalamullah Al-Hafiz dan Arif Aiman Hanapi telah hadir menyertai latihan skuad Harimau Malaya. Menurut Cheng Hoe, beliau gembira dengan kehadiran Arif bagi menggantikan Sumareh yang mengalami kecederaan.

“Kita dapat perkhabaran Sumareh tak dapat bersama dengan skuad kebangsaan, jadi kita terpaksa buat satu panggilan untuk Arif Aiman. Secara keseluruhan kami sangat gembira Arif dapat bersama dengan skuad kebangsaan pada kali ini.”

Advertisements

Pengendali yang berusia 53 tahun itu menyatakan bahawa sebelum ini beliau sempat bertanya kepada Arif atas kesediaannya menyarung jersi kebangsaan. Jelas Arif, beliau bersedia untuk membantu skuad negara di pentas Piala AFF.

“Selepas tamat perlawanan (final Piala Malaysia), saya sempat berbual dengannya dan dia bersedia untuk bersama skuad kebangsaan. Itu saja yang penting dan kita kena terus fokus perlawanan akan datang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang tadi.

Dalam pada itu, Tan Cheng Hoe menjelaskan bahawa Kalamullah Al-Hafiz adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan posisi Azri Ghani kerana Kalamullah sebelum ini juga pernah berlatih bersama skuad kebangsaan pada Oktober.

Advertisements

“Azri mengalami kesakitan di bahagian bahu selepas kecederaan, jadi kita mengambil langkah segera dengan memanggil Kalamullah. Dia pun sudah bersama kita sejak latihan pusat pada Oktober lalu dan dia pengganti yang baik untuk Azri,” ujar Cheng Hoe.

Skuad Harimau Malaya bakal memulakan aksi pertama di Piala AFF Suzuki 2021 pada Isnin depan menentang Kemboja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram