Tan Cheng Hoe Jelaskan Sebab Arif Aiman Tidak Terpilih ke Piala AFF
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebentar tadi menjelaskan keputusannya untuk tidak membawa bintang muda JDT, Arif Aiman Hanapi dalam senarai. 28 orang pemain yang bakal menjalani latihan menjelang Piala AFF Disember ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali itu sendiri, beliau mengakui bahawa Arif merupakan seorang pemain yang sangat berkualiti dan mempunyai potensi yang sangat besar untuk diketengahkan.

Namun begitu, beliau tidak mahu beban yang ditanggung oleh pemain itu terlalu besar setelah melalui musim yang sangat bermakna apabila menjadi tunjang utama buat pasukan Harimau Selatan termasuklah berjaya merangkul kejuaraan liga dan juga membawa pasukan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Advertisements

‘Kita tahu bahawa Arif merupakan seorang pemain yang sangat berbakat dan jika dilihat dari sudut permainannya juga sedang meningkat naik.’

‘Namun begitu, kita tidak mahu terlalu menggunakan pemain ini secara berlebihan kerana kita risau dia akan keletihan dan tidak dapat mempamerkan aksi yang terbaik.’

Pengendali berusia 53 tahun itu juga sedar bahawa kualiti pemain itu amat penting buat pasukan namun beliau percaya pemain muda yang kerap turun beraksi dalam perlawanan kompetitif ini juga perlu dijaga dengan sebaik mungkin.

Advertisements

‘Kita juga sentiasa berbincang dengan barisan kejurulatihan dan bersama pasukan selain meneliti setiap perkembangan pemain dan dapat satu kesimpulan bahawa buat masa ini kita perlu rehatkan Arif Aiman,’ Tegas Cheng Hoe dalam satu sidang media hari ini.

Ini juga menyimpulkan bahawa Arif Aiman bukanlah digugurkan daripada pasukan namun situasi dan keadaan pemain itu sendiri perlu dijaga membuatkan jurulatih tersebut membuat keputusan untuk tidak memanggil beliau kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram