“Arif Aiman, Dia Boleh Bermain Di Eropah”
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia percaya Arif Aiman Hanapi mampu beraksi dalam saingan liga Eropah.

Pandangan itu dibuat beliau apabila ditanya pemain mana yang mencuri perhatian beliau dalam pasukan gergasi selatan tanah air itu.

Garcia yang juga legenda Liverpool melihat Arif Aiman bukan saja seorang pemain yang memiliki larian pantas di atas padang.

Malah, pemain sayap Harimau Malaya itu mampu menewaskan lawan dalam situasi satu lawan satu dan tidak mudah dibuli pihak lawan.

“(Arif Aiman) mutiara Malaysia,” katanya dalam satu temu bual bersama akhbar The Guardian.

“Pantas, bagus dalam situasi satu lawan satu, kuat, mampu menjaringkan gol, beliau boleh saja bermain di Eropah dengan mudah.”

Sejak membuat kemunculan pertama bersama JDT pada 2020, Arif Aiman sudah merekodkan 165 penampilan, 61 gol dan 65 bantuan gol.

Selepas pulih daripada kecederaan serius yang dialami sejak November 2025, khidmat beliau kembali ditagih jurulatih JDT, Xisco Munoz untuk saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ini kerana Arif Aiman antara tiga pemain yang dibawa JDT sebagai sebahagian daripada rombongan pasukan itu untuk pusingan akhir ACLE.

Claim Money Packet TnG