Selain Arif Aiman, JDT Bawa Dua Bintang Muda Ke Arab Saudi
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perjalanan kem Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Arab Saudi bagi aksi suku akhir AFC Champions League Elite (ACLE) menjadi tumpuan peminat dengan kehadiran pemain-pemain seperti Arif Aiman.

Pada Isnin, skuad Harimau Selatan berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Arab Saudi untuk persediaan awal menjelang pusingan suku akhir ACLE tidak lama lagi.

Tumpuan ramai terarah kepada kelibat pemain sayap, Arif Aiman Hanapi yang turut serta bersama pasukan untuk menaiki penerbangan selepas berehat panjang gara-gara kecederaan.

Selain Arif Aiman, dua lagi pemain muda kelihatan turut serta bersama pasukan ke Jeddah adalah penyerang JDT II, Celso Bermejo dan Miguel Cuesta yang beraksi sebagai pertahanan tengah.

Nama-nama seperti Bergson, Nacho Mendez, Afiq Fazail dan Eddy Israfilov turut kelihatan selain dijangka menjadi tunjang untuk pasukan JDT pada aksi menentang jaguh Asia Barat di suku akhir nanti.

Lawan JDT di suku akhir ACLE nanti akan diketahui malam ini selepas tamat perlawanan antara Al-Ahli vs Al-Duhail dengan pemenang bakal membuat perhitungan untuk merebut tiket ke separuh akhir.

Claim Money Packet TnG