Advertisement
Arif Aiman Jadi Topik Hangat Di Iran
Transfer
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menjadi topik perbualan hangat di Iran.

Tonggak berusia 23 tahun itu merupakan aset berharga skuad Harimau Selatan terutamanya dalam kancah AFC Champions League Elite (ACLE).

Spekulasi melibatkan tonggak lincah ini kembali hangat diperkatakan apabila namanya mula meniti di bibir peminat Iran.

Salah sebuah laman peminat kelab di sana iaitu Perspolis_507 memuat naik beberapa hantaran mengenai Arif Aiman yang didakwa berada dalam radar kelab tersebut ketika ini.

Laman Transfermarkt mendedahkan bahawa khabar angin terbaru mengenai kemungkinan perpindahan pemain utama Harimau Malaya ini ke Persepolis FC adalah sebanyak 73 peratus.

Arif Aiman kini sudah melakukan 13 penampilan bersama JDT dalam saingan Liga Super selain merekodkan 7 gol dan 7 bantuan jaringan.

Nilai pasaran pemain kelahiran Pahang ini dianggarkan mencecah 600,000 Euro (RM2.8 Juta) dan merupakan pemain tempatan termahal ketika ini.

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi berkenaan berita ini namun beliau dikaitkan sebagai pengganti kepada Saeid Sedaghi yang bakal tamat kontrak pada pertengahan tahun 2025.

Persepolis kini menghuni tangga ketiga Persian Gulf Pro League dan kedudukan keenam dalam kumpulan ACLE.