Advertising
Arif Aiman & Suphanat Mueanta  Pemain Muda Termahal ASEAN
Asia Tenggara
MakanBola
FAM/Changsuek

Bintang muda Malaysia dan Thailand, Arif Aiman dan Suphanat Mueanta menjadi tonggak termahal di ASEAN.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 22 tahun itu menjadi tunjang utama pada peringkat kelab dan juga Harimau Malaya terutamanya ketika menjulang Pestabola Merdeka 2024.

Ad

Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia ini telah merekodkan 7 jaringan dan 5 bantuan gol setakat 17 aksi Liga Super dan membentuk gandingan bersama Bergson Da Silva.

Ad

Arif mencipta sensasi apabila menjadi antara pemain tumpuan yang beraksi di AFC Champions League Elite (ACLE) bertemu pasukan terbaik di Asia.

Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, pemain termahal yang beraksi di Asia Tenggara ketika ini ialah Suphanat Mueanta yang dinilai pada tanda harga 800,000 Euro (RM3.7 Juta).

Ad

Arif Aiman pula di tangga kedua pemain paling bernilai iaitu mencecah 600,000 Euro (RM2.8 Juta) disusuli oleh tiga lain pemain iaitu Rizky Ridho (RM2.3 Juta), Jonathan Khemdee (RM1.8 Juta) dan juga Teerasak Poeiphimai (RM1.8 Juta).

Ad

Arif dan Suphanat dijangka terus menjadi watak penting bersama skuad kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac tahun hadapan.

Ad

Malaysia bakal membuka tirai Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac 2024 di tempat lawan.