Arif Aiman: Jangan Buat Andaian
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meminta agar peminat tidak membuat sebarang andaian tidak benar.

Tonggak berusia 24 tahun itu kembali beraksi menjelang penutup musim 25-26 dengan bergaya selepas membantu JDT muncul juara Piala Malaysia, Mei lalu.

Beliau yang baru pulih daripada kecederaan selepas hampir enam bulan menjalani rawatan, dan kini sudah bersedia sepenuhnya menjelang musim baharu.

Arif tampil menjawab pertanyaan peminat berhubung keputusannya untuk terus kekal beraksi di Liga Malaysia sungguhpun sudah beberapa musim beraksi secara konsisten.

“Pertama sekali, macam mana awak tahu saya selesa tak ada tekanan di sini semua? Awak tak tahu betapa bergelut dan berkorban untuk saya capai ke tahap ini. 

“Awak jangan buat andaian macam awak tahu diri saya macam mana dan bukan senang untuk saya capai ke tahap di mana saya berada sekarang,” ujarnya menjawab pertanyaan peminat dikenali sebagai, Sderlla.

Pemenang hatrik Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia ini juga mengakui terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhinya untuk sampai ke kemuncak prestasi semasa.

“Kita bercakap kadangkala kena fikir dulu sebab awak tak tahu saya dari bawah untuk naik sampai ke tahap ini sangat susah banyak cabaran yang korang tak tahu,” tambah Arif Aiman di Threads.

Beliau berpeluang untuk kembali beraksi bersama pasukan kebangsaan menjelang aksi ASEAN Hyundai Cup 2026, Julai ini.