Advertising
Arif Aiman & Luqman Hakim Bakal Bersatu Di KV Kortrijk?
MakanBola
JST/KVK
Sponsors

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berpotensi besar untuk beraksi bersama Luqman Hakim di Belgium bersama KV Kortrijk.

Tonggak berusia 22 tahun itu menyinar dalam saingan domestik dan juga AFC Champions League Elite (ACLE) bersama skuad Harimau Selatan musim ini.

Ad

Beliau bagaimanapun mula dikaitkan dengan beberapa kelab di Asia terutamanya kelab Iran yang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Ad

Laporan terbaru menyaksikan Arif Aiman dikaitkan dengan dua kelab Eropah setelah pemiliknya, Vincent Tan tidak menolak kemungkinan perpindahan itu bakal berlaku.

“Sudah tentu beliau (Arif) terikat kontrak dengan JDT.

Ad

“Sekiranya JDT sanggup melepaskannya, saya sedia pertimbangkan,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan ke Pulau Ketam menurut Harian Metro.

Ad

Tokoh korporat terkemuka negara itu tidak menolak kemungkinan andai tawaran yang bakal dibuat melebihi angka RM1.3 Juta.

Ad

“Ya barang kali,” katanya lagi.

Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu memiliki nilai pasaran sekitar 600,000 Euro (RM2.8 Juta) dan merupakan pemaij tempatan termahal ketika ini.

Kontrak Arif dilaporkan bakal berakhir Mei 2025 bersama skuad Harimau Selatan namun tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung masa depan pemain lincah JDT setakat ini.

Vincent Tan merupakan pemilik kelab Cardiff City dan pemegang saham majoriti buat kelab FK Sarajevo.

Sekiranya perpindahan ini terjadi, Arif berpotensi beraksi bersama Luqman Hakim yang kini sudah pulang ke pangkuan KV Kortrijk.

Luqman sudah memasuki fasa akhir kontraknya di sana dan difahamkan bakal tamat sekitar Mei 2025.