Ads
Arif Aiman Makin Hampiri Prestasi Terbaik
Liga Super
Sri Pahang FC

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio percaya bintang muda pasukan itu, Arif Aiman Hanapi semakin hampir kembali ke tahap terbaik.

Advertisements

Sebelum ini, Arif terpaksa diketepikan daripada kesebelasan utama JDT untuk beberapa perlawanan awal liga kerana mengalami kecederaan.

Advertisements

Kecederaan sama yang dialaminya turut menghalang Arif daripada menyertai kem Harimau Malaya untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements
Advertisements

Selepas diturunkan sebagai pemain gantian dalam aksi Piala FA 2024 menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 15 Jun lalu, Arif diturunkan buat kali pertama untuk aksi keempat Liga Super menentang Sri Pahang FC.

Dan selepas melihatnya beraksi selama 90 minit pada 22 Jun lalu, Bidoglio yakin pemain berusia 22 tahun itu kembali menghampiri sentuhan terbaiknya.

Advertisements

“Arif Aiman pertama kali beraksi selama 90 minit dan kita semua tahu sejauh mana tahap prestasi Arif. Dia merupakan pemain yang cukup bagus dan telah beraksi dengan cukup baik kali ini.

“Dan saya percaya untuk perlawanan-perlawanan yang akan datang, prestasi Arif akan sentiasa meningkat dengan baik,” katanya.

Sentuhan Arif dijangka ditagih jurulatih Venezuela itu untuk aksi pertama suku akhir Piala FA 2024 menentang wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University FT.

Advertisements

Kedua-dua pasukan akan berentap dalam aksi pertama suku akhir pada 29 Jun. Ini disusuli aksi kedua yang berlangsung pada 5 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram